Aurat di hati juga patut ditutup sama seperti
menutup aurat pada tubuh badan. Malah, aurat di hati ni jauh lebih
penting. Maksudnya hati jangan lair; hendaklah dijaga selalu.
Kalau hati masih liar walaupun sudah bertudung, maka tingkah laku akan
menjadi liar juga, pergaulan bebas, pandangan mata tidak terkawal,
keluar hingga jauh-jauh malam, berada di tempat-tempat maksiat, maka
ketika itu tudung pun tidak akan mampu menjaga maruah dan akhlak diri.
Namun, menjaga elemen dalaman bukan alasan untuk membuang tudung.
Kononnya, yg penting hati. Bukan begitu. Seumpama topi keledar. Ia wajib
dipakai. Sekalipun kita berhati-hati, mematuhi undang-undang dan
sebagainya, namun kadang-kadang kemalangan berlaku juga.
———————–
Allah mengharamkan wanita mendedahkan kecantikan zahirnya, bukan
bertujuan menyekat kebebasan wanita, tetapi kerana Allah menyayangi
wanita. Tidak ada wanita yang akan teraniaya dan menderita kerana hukum
menutup aurat. Sebaliknya, dengan mendedahkan aurat mereka telah
menzalimi diri mereka dan merosakkan orang lain.
Allah menyayangi hamba-Nya lebih daripada seorang ibu menyayangi anaknya.
Petikan Dari Majalah Solusi. Sumber.
~ 22 Syaaban 1433H ~
Silahkan untuk saudara-saudari fillahku yang mau tag,share/copaz
dipersilakan dengan ikhlas hati,sekiranya ada manfaat dan semuga
bermanfaat.Semoga Alloh Azza wa Jalla berikan pahala kepada yang
membaca, yang menulis, yang menyebarkan, yang mengajarkan dan yang
mengamalkan… Aamiin yaa Alloh, Aamiin yaa Robbi, Aamiin yaa Alloh yaa Robbal’alaamiin
Tidak ada komentar:
Posting Komentar